Home Malay Titles Politik Memahat Lekukan Sejarah-Sebuah Travelog BERSIH 2.0


Memahat Lekukan Sejarah-Sebuah Travelog BERSIH 2.0
View Full-Size Image


Memahat Lekukan Sejarah-Sebuah Travelog BERSIH 2.0

Price: RM18.00

Ask a question about this product

Travelog ini diluncurkan kepada khalayak untuk menjiwai gejolak jiwa tertindas, dengan kezaliman yang semakin membuncah. Juga untuk meluaskan ufuk pembacaan generasi muda di negara ini, untuk apa sebuah harga pengorbanan yang ditunjukkan dalam bantahan awam paling sengit di negara ini yang terakam di langit sejarah. BERSIH 2.0 merupakan kempen untuk menuntut pemulihan demokrasi yang sedang rabak di negara ini yang tenatnya setanding dengan Zimbabwe dan Myanmar. Bantahan awam ini semenjak awal lagi dimomok sebagai ‘rancangan untuk menggulingkan kerajaan secara revolusi’, maka tindakan keras daripada pihak keselamatan tak terjangkau dek akal, seolah Malaysia diambang peperangan. Buku ini menggabungkan pelbagai penulis dengan pengalaman yang berbeza, menuang pengalaman yang diperolehi dan menuangkannya di atas lembaran-lembaran kertas untuk dikunyah oleh pembaca. Pengalaman adalah untaian ilmu yang dihirup seumur hidup, tanpa jemu dan lelah terus mengejar manusia. Ia juga adalah guru yang paling berharga, maka atas justifikasi inilah, mengapa penerbit merasakan pengalaman mahal ini wajib dirakamkan untuk tatapan generasi akan datang.